Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Djokovic pemegang saham firma rawatan COVID-19

    COPENHAGEN, 20 JAN – Pemain bintang tenis dari Serbia, Novak Djokovic, baru-baru ini telah diusir dari Australia kerana status vaksinasi koronavirusnya, merupakan seorang pengasas bersama dan pemegang saham majoriti firma bioteknologi yang membangunkan rawatan COVID-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat dari Denmark itu kelmarin.

    “Dia adalah salah seorang daripada pengasas syarikat saya bangunkan pada Jun 2020,” kata CEO QuantBioRes, Ivan Loncarevic kepada AFP.

    Menurut maklumat yang tersedia secara terbuka dalam daftar perniagaan Denmark, Djokovic yang berusia 34 tahun dan isterinya, Jelena, bersama-sama memegang saham sebanyak 80 peratus di QuantBioRes, yang menggaji tenaga kerja sekitar 20 orang di Denmark, Slovenia, Australia dan Britain.

    “Kami berhasrat untuk mencipta teknologi baharu untuk melawan virus dan bakteria, serta kami membuat keputusan untuk menggunakan virus COVID-19 sebagai satu contoh,” kata Loncarevic.

    “Jika kami berjaya dengan COVID-19, kami akan berjaya dengan jenis virus yang lain.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...