Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Djokovic percaya dengan kebolehan diri

    LONDON, 6 JULAI – Juara bertahan, Novak Djokovic berkata, dia tidak pernah meragui kemampuannya untuk bangkit daripada ketinggalan dua set bagi menewaskan Jannik Sinner dan mara ke separuh akhir Wimbledon ke-11 kelmarin.

    Djokovic menang 5-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-2 dan seterusnya akan menentang pemain Britain, Cameron Norrie untuk menempah tempat ke final pada Ahad ini.

    Ia ialah kali ketujuh dalam karier pemain Serbia berusia 35 tahun itu, dia bangkit daripada dua set dengan kemenangan.

    “Saya sentiasa percaya bahawa saya boleh bangkit semula. Saya tahu pengalaman yang saya miliki akhirnya boleh mengatasi dalam situasi seperti ini,” kata juara enam kali Djokovic.

    “Ia hanya soal perubahan momentum. Saya merasakan permulaan set ketiga adalah penting untuk bermula dengan baik dengan cuba mematahkan awal servisnya. Itulah yang berlaku.”

    Djokovic juga bangkit daripada ketinggalan dua set baru-baru ini ketika Terbuka Perancis 2021 menentang Lorenzo Musetti pada pusingan keempat dan kemudian Stefanos Tsitsipas di final. – AFP

    Reaksi Novak Djokovic meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan suku akhir perseorangan lelaki di Kejohanan Tenis Wimbledon di London, Britain kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...