Saturday, October 1, 2022
34.4 C
Brunei

Djokovic sedia beraksi di Terbuka Perancis

-

BELGRADE, 19 APRIL – Novak Djokovic berkata kelmarin bahawa dia menyasarkan untuk ‘bersedia sebaik mungkin’ untuk Terbuka Perancis ketika dia membuat persiapan untuk kejohanan ketiga musim ini di Belgrade pada minggu ini.

Pemain nombor satu dunia itu telah dihantar pulang dari Australia menjelang Terbuka Australia pada Januari lalu kerana status vaksinasi COVIDnya, sebelum turut terlepas kejohanan Indian Wells dan Terbuka Miami di Amerika Syarikat.

Semasa ketiadaan bintang Serbia tersebut, Rafael Nadal memenangi rekod gelaran perseorangan Grand Slam ke-21 di Melbourne, berhasil menewaskan rekod dicatat Djokovic dan Roger Federer.

Djokovic berharap dapat menyamai jumlah pencabar hebatnya di Terbuka Perancis, yang bermula pada 22 Mei nanti.

“Roland Garros adalah kejohanan tenis yang paling penting dan sebahagiannya diri saya sudah berada di sana dalam fikiran saya, daripada segi persiapan dan semua yang saya lakukan pada masa ini untuk sampai ke sana dalam keadaan bersiap sedia sebaik mungkin,” kata Djokovic kepada pemberita di Belgrade. – AFP

Novak Djokobic semasa menghadiri sidang media sebelum bermulanya kejohanan Terbuka Serbia di Belgrade. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -