Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic ‘sekolahkan’ Fritz

    MADRID, 8 Mei – Novak Djokovic hanya memerlukan 65 minit untuk memulakan aksinya pada kejohanan tenis Terbuka Madrid dengan kemenangan, selepas dia menyingkirkan Taylor Fritz 6-4, 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga, hari ini.

    Pilihan utama dan pemain No. 1 dunia itu melakukan break-point sebanyak tiga kali sewaktu dia ‘sekolahkan’ pemain Amerika Syarikat itu.

    Djokovic memenangi gelaran di Madrid pada 2011 dan 2016. Dia kini memburu trofi Grand Slam keempat berturut-turut di Roland Garros, bulan depan.

    Pilihan ketiga, Roger Federer yang melakukan kepulangan di gelanggang tanah liat, selepas dua musim tidak beraksi pada pertandingan permukaan tersebut, akan berdepan pemain Perancis, Richard Gasquet pada pusingan kedua, selepas mendapat bye.

    Pemenang Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka memulakan kempennya di Madrid dengan kemenangan 6-2, 6-3 ke atas Pierre-Hugues Herbert untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua. – AFP

    Djokovic meraikan kemenangan 6-4, 6-2 ke atas Fritz di Terbuka Madrid, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda