Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic, Sharapova mara pusingan ketiga

    MELBOURNE, 18 Jan – Novak Djokovic terselamat ujian kecergasan yang melelahkan di bawah terik matahari Melbourne hari ini untuk terus mara di Terbuka Australia, ketika Maria Sharapova membuktikan dia merupakan pencabar utama.

    Dengan suhu 40 Celsius (104 Fahrenheit) dan tuala ais digunakan, juara enam kali itu telah menang menentang Gael Monfils 4-6, 6-3, 6-1, 6-3.

    Manakala, Pemain bukan pilihan, Maria Sharapova hari ini membuktikan dia merupakan pencabar utama Terbuka Australia tahun ini apabila membenam pilihan ke-14, Anastasija Sevastova dari Latvia 6-1, 7-6 (7/4).

    Djokovic meraikan kemenangannya menentang Monfils pada perlawanan kelmarin di Melbourne, Australia. – AP

    Ia adalah Sevastova yang mengakhiri kemunculan Grand Slam Sharapova dalam Terbuka AS pada 2017 ketika ia kembali dari penggantungan 15 bulan. Tetapi tidak kali ini.

    Sharapova, pemenang Grand Slam lima kali dan juara Australia 2008, tidak dapat dihalang dalam perlumbaan melalui set pertama sebelum pertempuran di set kedua.

    “Anda tahu, ia adalah hari yang panas dan saya melakukan tugas saya dalam dua set menentang seseorang yang telah membuatkan saya masalah pada masa lalu,” katanya selepas itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda