Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Djokovic singkirkan Halys

    ADELAIDE, AUSTRALIA, 5 JAN – Novak Djokovic berjaya mengatasi permulaan goyah untuk menewaskan pemain Perancis, Quentin Halys hari ini dan mara ke suku akhir Antarabangsa Adelaide, meningkat lagi persiapannya untuk Terbuka Australia.

    Pilihan utama dari Serbia itu menang 7-6 (7/3), 7-6 (7/5) dan akan menentang pemain Kanada, Denis Shapovalov dalam aksi lapan terakhir.

    Djokovic kembali memburu gelaran 2007 pada Selasa dengan kemenangan selesa ke atas Constant Lestienne dari Perancis.

    Dia membuktikannya ketika menentang pasangan beregu Lestienne, Halys namun agak perlahan untuk memberikan saingan setelah ketinggalan 2-5 pada set pertama sebelum meraih kemenangan.

    “Ia merupakan persembahan hebat daripada lawan saya hari ini,” kata Djokovic yang berusia 35 tahun, yang sedang memanaskan badan untuk menjulang piala Terbuka Australia ke-10 selepas terlepas Grand Slam tahun lalu apabila dia diusir kerana status vaksinasinya.

    Aksi Novak Djokovic semasa perlawanan Pusingan 16. – AP

    “Dia bermain seperti pemain 10 terbaik hari ini.

    “Adalah sukar untuk mematahkan servisnya kerana dia melakukan pukulan tepat, dan juga melakukan servis yang hebat,” tambahnya.

    “Saya berbangga kerana dapat mengatasi cabaran seperti ini. Memenangi dua pematah seri saya fikir adalah hebat untuk tahap keyakinan pada awal tahun.”

    Dengan penyokong berada di belakang bekas pemain nombor satu dunia itu, Djokovic yang memenangi Wimbledon antara lima kejuaraan tahun lalu, tewas dalam servis pembukaannya menentang pemain Perancis yang menduduki ranking ke-64.

    Djokovic akan bertembung dengan pemain nombor 18 dunia Shapovalov, yang mara ke suku akhir dengan kemenangan 6-4, 6-3 ke atas pemain kelayakan Rusia, Roman Safiullin.

    Djokovic telah memenangi kesemua tujuh pertemuan sebelumnya dengan pemain Kanada itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...