Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic temui kembali semangat tenis

    LONDON, 9 Julai – Juara tiga kali, Novak Djokovic semalam mengakui dia telah menemukan semula semangatnya dalam sukan tenis selepas mara ke pusingan keempat Wimbledon buat kali ke-10.

    Bekas pemain nombor satu dunia itu menang 6-4, 6-1, 7-6 (7/2) ke atas Ernest Gulbis dari Latvia untuk pertemuan ke-16 pemain terakhir bersama pemain bukan pilihan Adrian Mannarino dari Perancis.

    Ia jauh dari 12 bulan yang lalu apabila Djokovic tersingkir pada pusingan ketiga di tangan Sam Querrey, kekalahan yang menandakan kemerosotan yang menyaksikannya melepaskan kesemua empat pertandingan utama yang dipegangnya pada masa yang sama.

    Djokovic ketika mempersoalkan keputusan pengadil perlawanan. - AP
    Djokovic ketika mempersoalkan keputusan pengadil perlawanan. – AP

    Semalam, bekas jurulatihnya, Boris Becker berkata dia sudah cukup menyaksikan pada minggu pertama Wimbledon untuk mengesahkan bahawa pemain dari Serb itu telah menemukan semula keinginannya terhadap sukan itu

    “Boris tahu saya dengan baik. Jadi dia benar apabila berkata keghairahan itu telah kembali,” kata Djokovic.

    “Saya telah merasakan dalam kedudukan yang lebih baik di atas gelanggang sejak beberapa bulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda