Djokovic temui semula rentak

ROM, 15 Mei – Bekas pemain nombor 1 dunia, Novak Djokovic berkata dia yakin dapat kembali ke gelanggang tanah liat di Rom setelah menyingkirkan Alexandr Dolgopolov dalam pusingan pertama perlawanan.

Juara Grand Slam 12 kali itu, yang memenangi gelaran ATP ke-68 di Terbuka Kanada pada 2016, yang mana kedudukannya jatuh di tangga ke-18, merupakan ranking terendah sepanjang 12 tahun sejak mendapat kecederaan pada sikunya.

Tetapi dia telah membuat permulaan yang selesa bagi memburu gelaran Terbuka ATP Itali kelima di Foro Italico, mengambil masa 55 minit untuk menyingkirkan pemain dari Ukraine itu pada separuh masa pertama.

“Rom sering kali menjadi lokasi di mana saya merasakan bagus, di mana saya menerima banyak sokongan, dapat bermain dengan baik dan mendapat banyak keputusan yang bagus,” kata Djokovic.

“Perlawanan hari ini memberi semangat dan sebab untuk mempercayai bahawa ia akan menjadi minggu yang terbaik buat saya.

Aksi Novak Djokovic ketika membalas pukulan daripada Alexandr Dolgopolov pada Terbuka ATP Itali di Rom, Itali, kelmarin. – AFP

“Jelas sekali, saya mahu mengharungi semua perlawanan, namun pada masa yang sama, melihat kepada keputusan, saya perlu lebih bersederhana dalam membuat jangkaan dan melihat setakat mana ia akan membawa saya.”

Pemain pilihan ke-11 Serbia itu telah mencapai lapan dari 10 final di Rom, termasuk dua tahun lalu serta menang empat gelaran, yang terbaharu pada tahun 2015.

Djokovic menewaskan Dolgopolov, sebanyak tiga kali pada set pembukaan dengan kekalahan kedua yang membantunya menguasai perlawanan.

Persaingan seterusnya adalah bersama Nikolz Basilashvili atau Filipo Baldi, sebelum pertemuan pusingan bersama pemain pilihan kelapan Amerika Syarikat, John Isner. – AFP