Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Djokovic tewas di Monte Carlo sebab ‘pancit’

    MONTE CARLO, MONACO, 13 APRIL – Novak Djokovic berkata dia kehabisan tenaga selepas tewas dalam perlawanan pembukaannya di Monte Carlo Masters kelmarin dalam kejohanan kedua tahun ini berikutan dengan keengganannya untuk mendapatkan vaksin COVID.

    Pemain nombor satu dunia itu tewas dengan keputusan 6-3, 6-7 (5/7), 6-1 kepada pemain Sepanyol yang berada di ranking ke-46, Alejandro Davidovich Fokina pada pusingan kedua selepas gagal melakukan pukulan servisnya sembilan kali dalam persembahan yang kurang baik.

    “Saya seperti bergantung pada tali sepanjang perlawanan. Saya benar-benar mengejar keputusan secara berterusan,” kata Djokovic, yang satu-satunya penampilan lain pada 2022 adalah di Dubai pada Februari lalu di mana dia hanya bermain dalam tiga perlawanan.

    “Saya tidak suka dengan diri saya secara fizikal semasa set ketiga perlawanan. Saya telah kehabisan tenaga sepenuhnya.

    “Saya tidak boleh benar-benar kekal dalam perlawanan itu bersamanya. Jika awda tidak boleh kekal dalam perlawanan tersebut, tidak merasakan kaki awda di atas tanah liat, ia adalah misi yang mustahil.”

    Djokovic mengakui bahawa ketidakhadirannya dalam kebanyakan acara adalah sukar dari segi mental dan emosi tetapi dia tetap meneruskannya menjelang kepulangannya pada kejohanan yang dimenanginya pada 2013 dan 2015.

    Davidovich Fokina tewas dalam kedua-dua pertemuan sebelum ini kepada Djokovic dalam straight set, di Rom dan di Sukan Olimpik Tokyo musim lalu, tetapi dia mendahului 4-1 dan mengambil set pertama.

    Pemain Sepanyol itu melonjak 3-0 di depan pada pusingan kedua hanya untuk Djokovic memenangi lima daripada enam perlawanan seterusnya dan melakukan servis untuk set tersebut dengan kedudukan 5-4.

    Dia gagal untuk melakukannya pada percubaan pertama tetapi berjaya mendapatkan tie-break untuk memaksa mendapatkan keputusan penentuan. – AFP

    Aksi Novak Djokovic membalas pukulan bola Alejandro Davidovich Fokina semasa perlawanan mereka di Monte Carlo ATP Masters di Monaco. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...