Djokovic tidak setuju ambil vaksin

BELGRADE, 20 APRIL – Novak Djokovic berkata dia tidak bersetuju dengan pengambilan vaksin secara paksaan jika ia menjadi keperluan untuk pemain tenis untuk membuat perjalanan ke kejohanan.

“Pada pendapat saya, saya menentang vaksinasi. Saya tidak suka seseorang memaksa untuk mengambil vaksin bagi membolehkan saya melakukan perjalanan,” kata pemain nombor satu dunia kelmarin.

Pemain bintang Serbia bercakap dari Sepanyol, di mana dia dan keluarganya menjalankan perintah berkurung , menerusi konferensi video Facebook.

“Kami (pemain) terpaksa melakukan perjalanan. Saya rasa ia akan jadi cabaran nombor satu,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

“Jika ia (vaksinasi) menjadi satu kemestian apa akan terjadi? Saya akan mengambil keputusan, sama ada untuk mengambil vaksin atau tidak,” katanya. – AFP

Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic (kiri) tidak bersetuju dengan pengambilan vaksin secara wajib untuk membuat perjalanan ke kejohanan. – AFP