Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Djokovic tumpaskan Rublev

    MELBOURNE, 25 JAN – Novak Djokovic mempamerkan aksi berkelas dunia hari ini untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia dan menghampiri kejuaraan Grand Slam ke-22 setelah menewaskan Andrey Rublev dengan kemenangan straight set.

    Pemain Serbia itu berada dalam prestasi terbaik ketika menewaskan pemain Rusia 6-1, 6-2, 6-4 di Rod Laver Arena dan akan bertemu Tommy Paul untuk tempat ke final Ahad ini.

    Paul pemain bukan pilihan dari Amerika menewaskan rakan senegaranya, Ben Shelton 7-6 (8/6), 6-3, 5-7, 6-4.

    “Saya tidak boleh berpuas hati dengan persembahan saya, secara jujur,” kata Djokovic, selepas mara ke separuh akhir ke-10 di Melbourne Park. Hanya Roger Federer (15 kali) dan Jack Crawford (11 kali) yang lebih banyak bermain di final.

    “Saya memberikan persembahan dengan sangat mantap dari belakang gelanggang dan saya sangat suka bermain dalam keadaan ini dan gelanggang ini,” kata pemain berusia 35 tahun itu kepada Rod Laver Arena.

    Reaksi Novak Djokovic semasa kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia. – AP

    “Antara perlawanan sangat sengit yang pernah saya hadapi,” tambahnya. “Andrey merupakan lawan yang hebat, pemain yang hebat. Saya sangat menghormatinya, salah satu pukulan depan yang kencang, pemain terpantas dalam jelajah.

    “Saya tahu rancangan permainan dan adalah penting untuk saya menemui rentak terbaik saya.”

    Misi Djokovic untuk merebut kejuaraan Terbuka Australia ke-10 masih jauh, dibelenggu oleh kecederaan hamstring kiri yang dialami ketika memburu gelaran di Adelaide bulan ini.

    Dia bergelut pada pusingan awal tetapi mendominasi semasa menewaskan Alex de Minaur di pusingan keempat, dan tiada masalah menentang Rublev.

    Kemenangan bagi pemain pilihan itu mendorongnya ke separuh akhir Grand Slam ke-44 untuk merapatkan jurang dengan rekod terbaik sepanjang masa Federer dengan 46. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...