PARIS, 31 Mei – Bekas juara Novak Djokovic meraih pusingan ketiga Terbuka Perancis buat kali ke-13 tahun secara berturut-turut dengan menewaskan pemain kelayakan Sepanyol Jaume Munar 7-6 (7/1), 6-4, 6-4 semalam, manakala pilihan kedua Alexander Zverev terpaksa berjuang untuk memenangi lima setter menentang Dusan Lajovic.
Djokovic, juara Roland Garros 2016 dan bekas nombor satu dunia menjadi pilihan ke-20 tahun ini selepas bergelut untuk mendapatkan semula aksi terbaiknya selepas kembali dari kecederaan pada siku kanannya.
Dia tidak berhasil melakukan yang terbaik di Court Suzanne Lenglen, namun dia akan menentang pemain Sepanyol pilihan ke-13 Roberto Bautista Agut untuk menempah tiket bagi saingan 16 terakhir.
Juara Grand Slam 12 kali itu, meledakkan 39 winners dan 33 kesilapan dan berjaya dipecahkan tiga kali oleh Munar, pemain dunia nombor 155.
“Saya gembira untuk berada di Suzanne Lenglen dan melihat ramai orang yang datang menyokong,” kata Djokovic.
“Munar adalah seorang pemain hebat, dia mempunyai banyak kualiti dan konsentrasi yang baik. Saya ucapkan syabas kepadanya untuk saingan yang hebat hari ini.”
Bintang Jerman, Zverev yang juga nombor tiga dunia mendapati dirinya mengalami masalah besar ketika tewas dua set berbanding satu menentang Lajovic, namun pemain Serbia itu kehilangan tenaga sehingga perlawanan berakhir dengan 2-6, 7-5, 4-6, 6-1, 6-2.
Pemain berusia 21 tahun dan juara gelaran Masters tiga kali itu, tidak pernah mara ke suku akhir Grand Slam dan tersingkir pada pusingan pertama di Roland Garros tahun lalu.
Namun begitu, Zverev berjaya meraih pusingan ketiga buat kali kedua, di mana dia akan beraksi menentang pemain pilihan ke-26 dari Bosnia Damir Dzumhur dan berazam untuk menjadi pemain Jerman yang pertama yang merangkul gelaran itu sejak 1937.
Sementara itu, pilihan keempat Grigor Dimitrov ketinggalan jauh dan akhirnya melalui maraton bersama pemain Amerika Jared Donaldson 6-7 (2/7), 6-4, 4-6, 6-4, 10-8. – AFP