Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    DNA penumpang hilang dalam insiden feri karam dikenal pasti

    SEOUL, Korea Selatan, 17 Mei – Ujian DNA ke atas tulang yang ditemui di perairan tempat feri karam yang baru-baru ini dinaikkan, telah mengenal pasti salah seorang dari sembilan penumpang yang hilang dari bencana 2014 itu yang mengorbankan lebih 300 orang, menurut para pegawai Korea Selatan hari ini.

    Ujian mengesahkan bahawa tulang yang ditemui pada 5 Mei ialah dari rangka seorang guru bernama Koh Chang-seok, menurut Kementerian Laut dan Perikanan. Kebanyakan mangsa adalah pelajar-pelajar dalam lawatan sekolah tinggi.

    Seramai 304 orang terbunuh apabila feri Sewol karam pada 16 April 2014, yang mengundang curahan kesedihan dan penilaian di Korea Selatan tentang keselamatan awam dan kegagalan pengawalan atur yang telah lama diabaikan.

    Keberangan orang ramai tentang apa yang secara meluas dilihat sebagai usaha penyelamatan yang gagal oleh kerajaan dan menyumbang kepada penyingkiran bekas Presiden Park Geun-hye yang telah disingkirkan dari jawatannya dan diberkas Mac lalu berhubung tuduhan rasuah.

    Para penyelamat telah menemui 295 mayat dari bangkai feri dan di laut berhampiran sebelum kerajaan menghentikan pencarian dalam air selepas tujuh bulan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda