Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Doa Kesyukuran sempena Hari Guru

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-32 bagi tahun 2022 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini.

    Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad; ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEU dan Kementerian Pendidikan, serta ketua-ketua jabatan dan bahagian dari kedua-dua buah kementerian berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang sunat hajat berjemaah bagi menghindari sebarang wabak berbahaya dan memohon keselamatan Negara Brunei Darussalam, diimamkan oleh Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Mohammad Hasnal bin Haji Mohammad yang seterusnya mengimamkan sembahyang fardhu Asar berjemaah.

    Manakala, bacaan Rattib Al-Attas dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

    Tema bagi Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah ‘Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan’.

    Seramai 1,200 orang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan termasuk guru-guru dari sekolah-sekolah, maktab-maktab, institusi pengajian tinggi dan teknikal dari Kementerian Pendidikan dan KHEU menghadiri majlis tersebut.

    Majlis Doa Kesyukuran itu merupakan salah satu daripada kegiatan-kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan dan KHEU.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menghadiri Majlis Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-32 bagi tahun 2022 bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menunaikan sembahyang sunat hajat berjemaah.
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa menghadiri majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...