Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Doa Kesyukuran sempena Hari Muzium Antarabangsa 2022

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Jabatan Muzium-muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Surah Yasin sempena Hari Muzium Antarabangsa 2022 yang berlangsung secara dalam talian, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir pegawai-pegawai dari KKBS serta Jabatan Muzium-muzium.

    Hari Muzium Antarabangsa kali ini disambut dengan membawa tema, ‘Keunggulan Muzium (The Power of Museums)’ dan beberapa aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan muzium.

    Sementara itu, Jabatan Muzium-muzium menyatakan bahawa orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini bolehlah mengikuti laman sesawang dan platform media sosial jabatan berkenaan.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa hadir di Majlis Doa Kesyukuran dan Surah Yaasin sempena Hari Muzium Antarabangsa 2022 yang berlangsung secara dalam talian, baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Muzium-muzium
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...