Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Doa kesyukuran sempena Hari Penerbangan Awam

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan MTIC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi turut meraikan Sambutan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa 2022 dengan mengadakan Majlis Solat Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

    Hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan dan autoriti di bawahnya serta agensi-agensi yang berkepentingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Di majlis berkenaan, bacaan surah Yasin dan Doa Kesyukuran telah dipimpin oleh Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang.

    Hari Penerbangan Awam Antarabangsa bagi 2020 hingga 2023 mengetengahkan tema, Memajukan Inovasi bagi Pembangunan Penerbangan Global.

    Ia adalah sejajar dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa yang menumpukan kepada inovasi dalam teknologi pengangkutan udara bagi sama-sama menarik perhatian sektor penerbangan dan global pada masa akan datang tentang betapa pentingnya pesawat dan operasi terkini bagi pembangunan penerbangan dan pengangkutan udara di seluruh dunia untuk peningkatan keselamatan, kecekapan, keselamatan dan kemampanan yang berterusan.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan para peserta yang hadir membaca surah Yasin semasa majlis berkenaan.
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan para peserta yang hadir menunaikan solat berjemaah semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...