BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Bersempena Hari Puja Usia ke-44 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Ketua Pengakap, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Balai Ibadat PPNBD, kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PPNBD, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas.
Turut hadir ialah naib-naib Yang Dipertua PPNBD, Pengiran Abdul Wahab bin Pengiran Haji Hassan dan Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba; Bendahari Agung PPNBD, Pengiran Alit bin Pengiran Haji Damit; Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Pesuruhjaya Antarabangsa ; Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip, para pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, penolong pesuruhjaya, pemimpin-pemimpin pengakap dan ahli-ahli pengakap.
Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran khas sebelum diakhiri dengan solat fardu Zohor berjemaah.