Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) kelmarin, telah mengadakan majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Polis ke-103 tahun yang berlangsung di Surau Polis Gadong.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar sebelum bacaan Surah Yasin, Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin; Timbalan Penguasa Polis (DSP) Aimi Safwan bin Zalidin selaku Pengerusi BUI PPDB, pengarah-pengarah dan timbalan pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota pangkat rendah.
