Monday, November 28, 2022
27.1 C
Brunei

-

Doa kesyukuran sempena pulang daripada misi bantuan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Salah seorang ahli ASEAN Emergency Response and Assesement Team (ASEAN-ERAT) Brunei Darussalam baru sahaja pulang daripada misi bantuan kemanusiaan bagi penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas oleh Ribut Tropika Kuat PAENG (Nalgae) pada 29 Oktober lalu di Republik Filipina.

Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat bagi Dayang Siti Masnur Juraini binti Jini di Pejabat NDMC, kelmarin.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut; Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di KHEDN, Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon, Pengarah NDMC, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat serta pegawai-pegawai kanan NDMC dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Misi bantuan kemanusiaan itu telah diadakan selama 10 hari dari 6 hingga 15 November di mana seramai 11 orang ahli ASEAN-ERAT yang terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Republik Singapura dan Republik Filipina telah ditugaskan oleh Pusat Koordinasi ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana (AHA).

Mereka ditugaskan bagi melaksanakan penilaian segera mangsa-mangsa ribut tropika kuat tersebut dalam menyokong operasi yang sedang dijalankan oleh Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) di Republik Filipina.

Ribut tropika kuat Nalgae telah menjejaskan enam wilayah di Republik Filipina pada 29 Oktober lalu dan berdasarkan laporan daripada Pusat AHA, bertarikh 11 November, ribut tropika itu telah menjejaskan 5.44 juta orang, 1.12 juta orang kehilangan tempat tinggal, 159 orang maut, 146 orang cedera, 37 orang hilang, 53,700 rumah rosak serta kos kerugian harta benda awam dianggarkan sebanyak AS$227 juta.

Awang Salminan dan Dayang Nor Hamidah yang menghadiri Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat bagi Dayang Siti Masnur Juraini di Pejabat NDMC, kelmarin. – Gambar serahan NDMC
Artikel sebelum iniBIBD rai usahawan wanita
Artikel seterusnyaEnam terima anugerah
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -