Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Doa Kesyukuran sempena WTISD 2022

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Sempena memperingati Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) 2022, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Haji Mohd Salihin bin Haji Aspar; dan Ketua Eksekutif AITI, Haji Jailani bin Haji Buntar serta ahli-ahli AITI. Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat dan Fardu Asar berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan Doa Kesyukuran.

    Sambutan tahun ini membawa tema Digital Technologies for Older Persons and Healthy Ageing yang menekankan peranan penting ICT dalam membolehkan warga emas kekal sihat, berhubung dan berdikari, membolehkan mereka mengambil bahagian dan menyumbang kepada masyarakat.

    WTISD disambut setiap 17 Mei sejak 1969 bagi memperingati penubuhan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan penandatanganan Konvensyen Telegraf Antarabangsa Pertama pada tahun 1865.

    Ia juga disambut bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan Internet dan ICT kepada masyarakat dan ekonomi, serta cara untuk merapatkan jurang digital.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bersama warga kementerian serta ahli-ahli AITI ketika hadir pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...