Doa kesyukuran terus meriahkan Hari Keputeraan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya tidak ketinggalan mengadakan majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74 yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini.

Majlis diadakan bagi melahirkan tanda syukur atas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan seterusnya merafakkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Bahagian Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai dari KHEU.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kuncang.

Kemudian, majlis diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Penguasa Masjid Omar Ali Saifuddien, Haji Zulkifli bin Haji Murat.

Majlis diteruskan dengan sembahyang Fardu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Begawan Mudim Haji Metassim bin Haji Metussin.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, setiausaha tetap, pemangku timbalan setiausaha tetap serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai dari KHEU ketika hadir pada majlis tersebut.