Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Doa Selamat sempena sesi persekolahan baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2023, seramai 338 pelajar terdiri daripada 166 orang pelajar lelaki dan 172 pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah menghadiri Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Selamat, pagi tadi.

    Majlis yang berlangsung di surau sekolah berkenaan, turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Majlis dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai dipimpin oleh Majlis Pelajar SMALHB sebelum diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyyah.

    Kemudian, majlis diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan doa, serta disusuli dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Sejurus itu, Taklimat Disiplin disampaikan oleh Ketua Bahagian Disiplin Pelajar, Hajah Masrinah binti Haji Hassan.

    Hajah Masrinah semasa menyampaikan Taklimat Disiplin kepada pelajar pada majlis berkenaan.
    Antara pelajar yang menghadiri Majlis Doa Selamat yang berlangsung di Surau SMALHB, kelmarin.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...