Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Doa Selamat untuk bakal jemaah haji PPDB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), kelmarin, telah mengadakan majlis Doa Selamat bagi enam orang bakal jemaah haji anggota PPDB di Surau Polis, Gadong.

    Pada majlis berkenaan bakal-bakal jemaah haji juga menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku tetamu kehormat majlis bersama Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Sulaiman bin Alidin; Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI), Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohamad Amirruddin bin Haji Tunjang, para pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar diikuti dengan penyerahan sumbangan kepada bakal jemaah haji yang diraikan serta diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Anggota-anggota PPDB yang bakal menunaikan ibadah haji diraikan pada majlis Doa Selamat, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...