Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Doakan yang baik-baik – Aisha Retno

    Penyanyi Aisha Retno, 23, memohon peminat mendoakan yang terbaik buatnya tatkala ditanya mengenai hubungan dengan penyanyi, Aziz Harun, 25.

    Aisha atau nama sebenar, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, fokus utamanya ketika ini adalah pada karier seni.

    “Kami mula rapat sejak 2019. Kalau berjauhan pun kami tetap berhubung antara satu sama lain.

    “Kami masih muda dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier nyanyian.

    Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya. Ditanya mengenai keistimewaan dimiliki Aziz, Aisha berkata, penyanyi kelahiran Brunei itu tenang dan berdedikasi dalam setiap yang diusahakan.

    “Apa yang saya suka pada Aziz adalah dia sangat tenang. Dia ada visi yang besar baik untuk jangka masa pendek atau panjang.

    “Saya suka berkawan dengan orang yang ada visi dan misi. Ada orang yang menjadikan bidang nyanyian sebagai sampingan sahaja.

    “Tapi, saya lihat Aziz mahu beri lebih daripada itu. Jadi, itulah apa yang saya nampak dalam diri Aziz,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single duet bersama Aziz berjudul Jarak, baru-baru ini.

    Sementara itu, Aziz menyifatkan dakwaan dia dan Aisha mempunyai hubungan istimewa sebagai usikan.

    “Apabila ada yang mengusik mengenai hubungan kami, apa yang mampu dilakukan hanyalah tertawa. Itu menjadi perkara kelakar bagi kami.

    “Apa sahaja yang diperkatakan, kami hanya ikut sahaja apa yang ditetapkan. Kami hanya nikmati setiap komen diberi,” katanya. Tambah Aziz yang popular dengan lagu Senyum, dia tidak menafikan kelebihan Aisha dan senang setiap kali bersamanya.

    “Memang seronok bila bersama Aisha. Saya ini orang yang jenis tak cakap banyak, jadi bila bersembang dengan Aisya rasanya seronok,” katanya. – Agensi

    Aisha memohon peminat mendoakan yang terbaik buatnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...