Doherty tinggalkan Wolves, sertai Spurs

LONDON, 30 OGOS – Tottenham hari ini meng-umumkan bahawa mereka telah menandatangani pemain pertahanan Matt Doherty dari seteru Liga Perdana Inggeris, Wolves dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan tetapi dipercayai sekitar 15 juta pound.

Pemain Republik Ireland berusia 28 tahun itu telah menandatangani perjanjian selama empat tahun bersama Spurs dan menjadi pemain ketiga yang dibeli oleh Jose Mourinho pada jendela perpindahan kali ini selepas ketibaan pemain lain iaitu Pierre-Emile Hojbjerg dan Joe hart.

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan pembelian Matt Doherty dari Wolverhampton Wanderers,” menurut Tottenham menerusi laman web rasmi kelab.

Mourinho memuji pemain tersebut, “Saya tidak gemar bermain menentang dia jadi saya sangat,sangat gembira saya tidak perlu bermain menentangnya lagi. Saya sangat gembira kami berjaya mendapatkannya – karier yang menakjubkan bersama Wolves”. – AFP