Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Doktor berdedikasi beri khidmat kesihatan kepada warga emas

    CHINA – Seorang doktor berdedikasi menyediakan penjagaan kesihatan sepanjang hari yang diperlukan untuk penduduk berusia bagi sebuah komuniti kecil yang terletak 40 kilometer dari laut wilayah Shandong, lapor Cheng Yuezhu.

    Meliputi kawasan seluas 114 hektar, pulau Xiaoqin terletak di Yantai, timur wilayah Shandong China. Ia mengambil masa empat jam perjalanan menggunakan feri untuk sampai ke pulau tersebut dari tanah besar.

    Sejak 14 tahun lalu, Wang Hui menetap dan bekerja di pusat kesihatan pulau Xiaoqin, dia menghabiskan sebahagian besar masanya menjadi satu-satunya doktor yang dapat memberikan khidmat kepada 400 orang penduduk, yang purata usia mereka lebih 60 tahun.

    Sebaik sahaja memperoleh ijazah dari Kolej Shandong bagi Perubatan Cina Tradisional pada 2008, dia menyertai program kebangsaan yang menetapkan pekerjaan peringkat komuniti dalam pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan dan bantuan kemiskinan.

    Ketika pertama kali sampai ke pulau berkenaan, pengangkutan yang sukar dan infrastruktur tidak mencukupi menjadi cabaran untuknya. Dia turut mengimbau, pada masa itu, air bersih cuma diberikan seminggu sekali dan ia adalah sukar walaupun hanya untuk mencuci baju-bajunya.

    Kelihatan Wang menjalankan ujian asid nukleik. – ANN/The China Daily
    Wang bergambar di hadapan pusat kesihatan Pulau Xiaoqin, tempat dia bekerja sejak 2008. – ANN/The China Daily

    Tanpa pengalaman kerja yang banyak dan peralatan perubatan yang terhad, dia bertanggungjawab untuk merawat semua jenis penyakit yang dihidapi penduduk tempatan, daripada kecederaan ringan sehinggalah penyakit kronik, seperti artritis dan tekanan darah tinggi.

    “Saya tidak pernah menginginkan untuk menjadi seorang individu yang luar biasa, tetapi penduduk tempatan di sini telah membuatkan saya seperti berjaya mencipta satu pencapaian. Walaupun kebolehan saya terbatas, saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu mereka,” ujar Wang.

    Meskipun tempoh perkhidmatannya pada mulanya hanya untuk tiga tahun, namun dia memilih untuk kekal dalam jawatan tersebut dan telah menjadi pengarah bagi pusat kesihatan pulau itu.

    Para doktor lainnya datang untuk bekerja di pulau tersebut untuk tempoh yang singkat, tetapi pada kebanyakan masa Wang berada di pulau tersebut, dialah satu-satunya doktor di pusat berkenaan.

    Sama seperti ketika pertama kali dia memutuskan untuk memohon bagi program berkenaan, keputusan untuk menetap di pulau itu tidak memerlukan banyak pertimbangan.

    “Saya satu-satunya doktor di sini. Saya serasi dengan penduduk tempatan dan mereka mengambil berat akan saya,” ujarnya.

    Pada 2014, seorang wanita tua berada dalam keadaan vegetatif selepas pendarahan otak, dengan hanya suaminya untuk menjaganya. Sejak itu. Wang telah melawat rumah mereka untuk membantu memberi makan dan mengalihkan pesakit.

    Ia kekal menjadi rutin hariannya untuk melawat rumah mereka tiga kali sehari pada sebelah pagi, tengah hari dan waktu malam, biasanya meluangkan masa lebih tiga jam secara keseluruhannya di sana. Dia tidak merasakan ia satu tugasan yang membebankan.

    “Ia bukan kerja yang membosankan ke-rana masa yang saya luangkan bersama pesakit dipenuhi sepanjang hari, saya langsung tidak berasa letih. Semuanya bukanlah mengenai menjaga pesakit. Saya boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu. Kadang-kadang saya makan di sana. Ia telah menjadi rumah kedua untuk saya, “ katanya.

    “Ia sebuah pulau yang kecil. Kerja dan kehidupan agak membosankan di sini, tetapi bagi saya, tiada yang buruk mengenainya, selagi saya memenuhi nilai saya sebagai seorang doktor.”

    Song Jiamin seorang warga emas mengimbas kembali, tahun lepas, dia telah dilawat oleh ahli keluarganya dari luar pulau pada waktu tengah malam, salah seorang daripadanya menghidap serangan jantung dan tidak sedarkan diri. Dia segera menghubungi Wang, yang kemudiannya datang dan menyelamatkan pesakit tersebut.

    “Dia benar-benar mengagumkan. Sejak beberapa tahun, dengan kemahiran cemerlangnya, dia telah memberikan meluangkan masa memberikan bantuan khususnya kepada orang-orang tua dan kanak-kanak.

    “Wang Hui telah berada di sini lebih 10 tahun, berkhidmat untuk penduduk tempatan pulau Xiaoqin sejak usia mudanya. Sekarang semua orang di perkampungan tersebut melayannya seperti anak perempuan mereka sendiri,” ujar Wu Chunping, salah seorang penduduk kampung.

    “Dia tahu semuanya mengenai kesihatan semua orang, ubat-ubatan apa yang diambil secara kerap oleh orang-orang tua. Dia sentiasa dalam siap sedia, selalu pergi membuat lawatan ke rumah-rumah, terutamanya bagi mereka yang benar-benar tua. Kami amat memandang tinggi terhadapnya.” – ANN/The China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...