Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Doktor dibebaskan selepas hukuman eutanasia

    CAPE TOWN, 20 JUN – Seorang pekempen warga Afrika Selatan bagi pembenaran eutanasia, yang disabit dengan pembunuhan terancang terhadap tiga orang yang dibantunya untuk mati, telah dibebaskan daripada tahanan rumah kelmarin selepas menjalani hukuman selama tiga tahun.

    Sean Davison dijatuhi hukuman pada 2019 di bawah tahanan rumah selama lapan tahun yang mana lima tahun daripada tempoh tersebut telah pun digantung.

    “Saya pastinya tidak menyesali apa yang saya lakukan,” kata Davison kepada AFP.

    “Saya membantu tiga orang lelaki yang menderita tanpa harapan untuk sembuh, yang berazam untuk mati dan mereka tidak mampu menamatkan nyawa mereka sendiri,” tambahnya.

    Dia juga telah mengadakan sidang akhbar bagi menandakan pembebasannya di tangga Mahkamah Tinggi Cape Town kelmarin.

    Syarat tahanan rumahnya bermakna dia dibenarkan pergi bekerja dan ke gereja, tetapi dilarang bercakap dengan media selama tiga tahun.

    Profesor bioteknologi itu telah ditangkap pada September 2018 dan didakwa atas tuduhan membunuh tiga kes ‘hak untuk mati’ termasuk rakannya sendiri, seorang lelaki quadriplegic dan seorang lelaki yang menghidap penyakit motor-neuron.

    Davison, 59, yang mengasaskan badan amal ‘hak untuk mati’ Dignity 0SA, memberi penghormatan kepada mendiang Ketua biskop Desmond Tutu atas sokongannya kepada kempen gerakan nazak tersebut.

    Pada 2016, Mahkamah Rayuan Tinggi Afrika Selatan telah membatalkan keputusan yang memberikan hak kepada seorang lelaki untuk kematian yang dibantu oleh perubatan dan boleh membuka jalan untuk membenarkan eutanasia. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...