Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Doktor dijangkiti ‘Crimean-Congo’ meninggal dunia

    ISLAMABAD, 6 NOV – Kerajaan wilayah Balochistan di barat daya Pakistan mengeluarkan amaran kelmarin mengenai penularan deman berdarah Crimean-Congo (CCHF) selepas seorang doktor meninggal dunia, menurut kenyataan rasmi.

    Ketua Menteri Balochistan, Mir Ali Mardan Domki mengarahkan jabatan kesihatan dan ternakan di wilayah itu supaya mengambil tindakan segera membendung penyakit itu yang setakat ini telah meragut 16 nyawa.

    Lebih sedozen doktor dan kakitangan perubatan unit rawatan rapi sebuah hospital, termasuk doktor yang meninggal dunia itu, didiagnosis dengan penyakit itu dengan tujuh pesakit yang kritikal dipindahkan ke hospital di Karachi.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, demam CCHF ialah penyakit yang merebak disebabkan oleh virus bawaan kutu daripada keluarga Bunyaviridae dan boleh berjangkit dalam kalangan manusia melalui hubungan rapat dengan darah atau cecair badan pesakit yang dijangkiti. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...