Doktor dipenjara cabut gigi berdiri atas ‘hoverboard’

WASHINGTON, 20 SEPT – Seorang doktor gigi Amerika yang mencabut gigi seorang pesakit sementara berdiri di atas ‘hoverboard’ telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun atas jenayah termasuk bekerja tanpa kebenaran, menipu dan mengancam nyawa.

Seth Lookhart, 35, menghantar gambar telefon kepada kawan yang menunjukkannya mencabut gigi seorang pesakit dengan berdiri di atas ‘hoverboard’ sebelum meluncur pergi tatkala beliau menanggalkan sarung tangannya sambil mengangkat tangannya tanda kemenangan.

Jabatan Undang-Undang Negeri Alaska berkata Hakim Mahkamah Tinggi Anchorage Michael Wolverton menekankan bahawa kejadian papan luncur itu bukan aspek kes paling serius.

“Lookhart hampir membunuh ramai pesakit dengan memberikan anestesia ribuan kali tanpa latihan atau kebenaran, ke atas pesakit di luar skop kepakarannya, sementara mencuri wang dari Medicaid dan menggelapkan wang dari ketua-nya,” kata negeri dalam satu kenyataan.

CNN dalam satu laporan disiarkan memetik Lookhart sebagai berkata ‘merenung kembali, saya tidak dapat berkata dengan tepat bila saya mula hilang tumpuan.

“Saya sepatutnya mengekalkan disiplin dan fokus yang lebih baik.” Pendakwa meminta mahkamah mengarahkan Lookhart membayar balik lebih AS$2 juta yang digelapkannya dari dana kesihatan negeri. – AFP