Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor-doktor China bergelut ‘selamatkan’ penerima Nobel

    BEIJING, 11 Julai – Sebuah hospital China berkata hari ini ia masih lagi bergelut untuk menyelamatkan penerima anugerah Nobel yang sangat uzur, Liu Xiaobo, mencetuskan kebimbangan dia akan meninggal dunia tanpa mendapat kebebasan yang digesa oleh kerajaan-kerajaan luar negara.

    Kesihatan penyokong demokrasi berusia 61 tahun itu semakin teruk sejak pihak berkuasa mendedahkan bulan lalu bahawa dia telah dipindahkan dari penjara ke hospital akibat kanser hati peringkat akhir.

    Namun para pegawai China tidak mengendahkan gesaan dari kumpulan hak asasi kemanusiaan antarabangsa, kerajaan Barat dan aktivis tempatan untuk menunaikan harapan Liu untuk dirawat di luar negara.

    Sehari selepas melaporkan yang Liu dalam keadaan yang kritikal, First Hospital of China Medical Unversity di timur laut bandar Shenyang berkata hari ini yang pesakitnya ‘masih dapat diselamatkan’.

    Liu mendapat jangkitan dalaman, ketidakfungsian organ dan dia menjalani renjatan septik, kata hospital dalam satu kenyataan di laman webnya. Dia menjalani dialisis buah pinggang dan mendapat anti-jangkitan serta terapi sokongan fungsi organ.

    Laporan pesimistik dari hospital muncul selepas doktor-doktor luar negara yang mengunjungi Liu pada hujung minggu menunjukkan bahawa ia adalah selamat untuk menghantarnya ke negara lain, yang bercanggahan dengan pakar perubatan China.

    Jurucakap Canselor Jerman, Angela Merkel telah berkata kelmarin bahawa dia berharap adanya ‘tanda kemanusiaan’ dari China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda