Doktor gigi beri semangat baharu

BRAZIL – Ana Claudia Rocha Ferreira pernah menderita akibat penderaan di tangan sejak dia berusia 15 tahun. Keganasan itu telah meninggalkan kesan terhadap mental dan fizikal wanita itu.

“Saya hanya mempunyai empat gigi di bahagian depan, saya malu untuk keluar rumah,” katanya kepada media.

Rocha merupakan salah seorang daripada berjuta-juta penduduk wanita yang menjadi mangsa penderaan terhadap pasangan mereka di Brazil. Hampir kesemua kes, lelaki menyasarkan wajah dan juga gigi mereka, bagi mengurangkan lagi asas dasar kewanitaan mereka iaitu kecantikannya. Namun Rocha adalah antara yang bertuah.

Dia telah mendapat keyakinan baharu – senyuman baharu – terima kasih kepada doktor pergigian Rio de Janeiro, Armando Piva, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian sukarelawan yang mencipta semula gigi sekali gus kehidupan mereka. Rocha berkata gigi tersebut seperti sebuah mimpi dan akan mengubah kehidupannya.

Namun sebelum gigi putih itu dipasang – diserikan lagi dengan gincu merahnya yang terang – itu dipulihkan, Rocha pernah berdepan beberapa waktu yang suram. “Serangan bermula ketika saya berumur 15 tahun dan ketika itu saya mengandung anak perempuan yang pertama,” jelas wanita itu yang kini bekerja di sebuah syarikat rekaan grafik dan sudah mempunyai empat orang cucu di kala berusia 39 tahun.

Salah seorang penerima gigi baharu yang turut menerima kekejaman lelaki di Brazil. – AFP
Ana Claudia Rocha Ferreira. – AFP

“Dia mula memukul dan lalu saya meninggalkan dia, akan tetapi selepas itu, ayah kepada anak kedua saya pula mula memukul saya lagi, sehingga gigi saya tercabut satu demi satu,” jelasnya.

Rocha yang tinggal di kawasan setinggan, wilayah Sao Cristovao di Rio, mengatakan bahawa di Favelas, lelaki suka memukul wanita sehingga tidak ada sesiapa lagi yang menginginkan wanita itu kerana kesan pukulan meninggalkan tanda di wajah mereka.

Rocha tidak dapat meninggalkan pasangannya yang kedua itu kerana dia tidak mempunyai sumber pendapatan, malah dia juga tidak dapat untuk kembali ke rumah ibunya kerana ibunya telah menghalau dirinya keluar ketika di usia muda lagi.

Sejarah ibunya juga sama – di mana dia telah didera dan dipukul sepanjang hidupnya malah tidak ada lagi gigi yang tersisa, Rocha menceritakan. “Sejak saya berumur 18 tahun hingga sekarang, saya tidak pernah tersenyum,” dia mengeluh. “Saya sentiasa malu,” tambahnya.

Pada suatu hari, dia menghantar mesej di Instagram kepada seorang pelakon yang dia kagumi – sedikit pendek dan gelap. Dia tidak meminta sebarang wang akan tetapi meminta pertolongan, mengatakan bahawa dia mahukan gigi cantik seperti artis tersebut.

Artis itu menjawab sehingga menghubungi Rocha bersama dengan doktor sukarela. Rawatan oleh Piva itu berlangsung hampir setahun di pejabatnya yang dilengkapi barangan moden di kawasan kejiranan Barra da Tijuca yang meriah di Rio – sangat kontras dengan kemelut yang melanda Rocha.

Dia menggunakan gigi palsu bagi memulihkan keyakinan dan senyuman Rocha. Dengan memakai anting-anting besar sehingga menarik perhatian, dia berkata dengan penuh gembira, “Tidak sama sekali, saya akan dipukul lagi,” jelasnya.

Brazil dikatakan sangat kasar terhadap wanita di mana 27 peratus atau 16 juta wanita, mengatakan diri mereka mengalami beberapa jenis penderaan fizikal dan mental pada tahun lalu, menurut Forum Keselamatan Awam Brazil. Daripada inisden itu, 42 peratus adalah kes keganasan rumah tangga. Wanita berkulit hitam adalah mereka yang paling kerap didera dan dipukul.

Negara itu merupakan antara yang terganas sekali di dunia, di mana 57,000 pembunuhan telah dicatatkan pada tahun lepas sahaja. Krisis ekonomi yang melanda negara itu telah menyebabkan sekitar 12 juta penduduk tanpa sebarang pekerjaan dan disebabkan itu keganasan terhadap wanita sering berlaku. “Kami menyedari bahawa bilangan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah sangat besar,” jelas Piva, di Rocha panggil sebagai ‘Malaikat’.

Pada tahun 2012, doktor gigi, Fabio Bibancos mengasaskan NGO, Apolonias do Bem, dinamakan untuk Saint Apollonia, pelindung doktor gigi. Giginya telah ditarik keluar atau dihancurkan, mengikut tradisi agama mereka. Piva mengatakan bahawa lebih daripada 1,000 kaum wanita telah menerima rawatan setakat ini. – AFP