Doktor kontrak M’sia adakan demonstrasi

SUNGAI BULOH, 26 JULAI – Ratusan pegawai perubatan muda Malaysia hari ini mengadakan mogok, menuntut layanan lebih baik ketika negara itu berdepan wabak koronavirus yang semakin teruk.

Berpakaian hitam dan memegang pelekat dengan slogan termasuklah ‘equal pay, equal rights, equal opportunity’ dan ‘we are your future specialist’, (gaji, hak dan peluang sama rata dan kami pakar masa depan anda) mereka mengadakan demonstrasi di kemudahan perubatan di seluruh negara.

Pegawai-pegawai perubatan itu merupakan doktor kontrak bagi satu tempoh masa yang ditetapkan dan mereka mengatakan tugasan diberikan kepada mereka adalah lebih berat berbanding kakitangan kerajaan tetap, meskipun mereka merupakan sebahagian daripada petugas barisan hadapan memerangi COVID-19. – AFP

Seorang doktor kontrak memegang pelekat ketika mengadakan demonstrasi di luar Hospital Sungai Buloh di Selangor, 26 Julai. Pegawai perubatan muda mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah penempatan kerja tidak terjamin dan faedah rendah serta keadaan teruk ketika Malaysia berdepan penularan terburuk COVID-19. – AFP