Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Doktor, mekanik jual buah pinggang secara haram dicekup polis

    LAHORE, 2 OKT – Polis Pakistan telah menumpaskan rangkaian penyeludupan organ yang didalangi oleh doktor dan seorang mekanik kereta, yang melakukan sekurang-kurangnya 328 pembedahan pemindahan buah pinggang secara haram, kata pihak berkuasa.

    Fawad Mukhtar, seorang doktor yang sudah lima kali ditangkap kerana melakukan penyelewengan – mengarahkan mekanik yang tidak dinamakan itu sebagai pembantu pembedahan dan pakar bius terhadap pesakit yang mudah dipengaruhi yang diumpan dari hospital, menurut siasatan polis.

    Ketua menteri wilayah Punjab, Mohsin Naqvi berkata pemindahan organ itu dilakukan di rumah persen-dirian, kadangkala tanpa pengetahuan pesakit, dengan buah pinggang dijual sehingga 10 juta rupee (AS$35,000) setiap satu.

    Kumpulan lapan lelaki yang ditahan itu dikatakan beroperasi di seluruh wilayah Punjab timur serta di Kashmir yang ditadbir Pakistan, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kematian.

    “Fakta dan angka yang datang kepada kami sangat memeranjatkan,” kata Naqvi semasa sidang media, kelmarin.

    “Terdapat banyak lagi pemindahan dan pembedahan haram selain ini. Ini adalah yang kami telah sahkan,” tambahnya.

    Pakistan mengharamkan perdagangan komersial organ manusia pada 2010 dan mengenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda yang tinggi dengan harapan ia dapat mengekang penjualan kepada pelanggan luar negara melalui eksploitasi orang tengah.

    Pada Januari, polis Punjab menumpaskan satu lagi kumpulan penyeludupan organ apabila seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang hilang ditemui di makmal bawah tanah selepas buah pinggangnya dikeluarkan. – AFP

    Polis Pakistan meronda di jalan-jalan di Lahore, Pakistan pada 12 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...