Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor pakar dedah identiti pesakit COVID-19 menyalahi tataetika

    KUALA LUMPUR, 12 OKT – Tindakan seorang doktor pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) mendedahkan identiti pesakit kepada umum dengan merujuk kepada individu ternama di Sabah yang dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu, Sabah, adalah menyalahi tataetika seorang doktor perubatan.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kerahsiaan pesakit menjadi keutamaan bagi profesion perubatan dan KKM sentiasa menekankan perkara itu.

    “Saya harapkan ini bukanlah satu kebiasaan yang Dr (doktor) amalkan kerana KKM sememangnya bergantung kepada Pegawai Perubatan Pakar untuk mendidik Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah.

    “Dr juga agak arif dengan selok belok di HQE, namun kemungkinan perlu menyemak kembali protokol pengendalian Pesakit Bawah Siasatan (PUI) yang disahkan COVID-19 ke hospital COVID-19,” katanya dalam kolum Tinta Minda di laman sesawang www.bernama.com.

    Beliau berkata demikian mengulas warkah Dr Tachdjian kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ‘Cukuplah abah, anak-anak derita’ yang mendedahkan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor positif COVID-19 dan dirawat di HQE serta situasi semasa di hospital berkenaan termasuk petugas kesihatan yang dikuarantin kerana dijangkiti pandemik tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda