Doktor paling muda terkorban

BEIJING, 21 FEB – Seorang doktor berusia 29 tahun di pusat berlakunya wabak koronavirus (COVID-19) meninggal dunia hari ini akibat wabak tersebut, menjadikannya sebagai individu termuda dalam kalangan pengamal perubatan yang maut akibat wabak berkenaan.

Peng Yinhua meninggal dunia kelmarin selepas dijangkiti virus itu semasa bekerja di salah sebuah hospital di Wuhan, kata agensi berita rasmi Xinhua.

Doktor berkenaan sebelumnya merancang untuk berkahwin semasa cuti Tahun Baharu Cina, tetapi menangguhkan perkahwinannya untuk membantu merawat pesakit koronavirus.

Peng tidak pernah menghantar jemputan perkahwinannya, yang masih dalam laci pejabatnya, kata Xinhua.

Pihak berkuasa China tidak mendedahkan pelbagai jenis kematian dalam seminggu.

Lebih 2,200 orang kini telah meninggal dunia dan lebih daripada 75,000 telah dijangkiti di China.

Pesakit paling muda yang disahkan setakat ini adalah anak damit di Wuhan yang diuji positif untuk virus itu selepas hanya 30 jam dilahirkan. Terdahulu pada bulan Februari, seorang doktor berusia 34 tahun, Li Wenliang yang mula mengesan wabak tersebut meninggal dunia akibat virus itu, sekali gus mencetuskan kemarahan di seluruh negara mengenai bagaimana pihak berkuasa mengekang usaha awal yang dilakukan oleh doktor berkenaan untuk memberi amaran wabak virus itu. – AFP