Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Doktor palsu dipenjara seumur hidup

    BERLIN, 25 MEI – Mahkamah Jerman hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang wanita yang menyamar sebagai doktor dan menyebabkan kematian ke atas beberapa orang pesakitnya.

    Hakim di mahkamah wilayah di Kassel berkata bukti menunjukkan wanita berusia 51 tahun, yang namanya tidak dinyatakan, menggunakan lesen palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai seorang anestesiologi.

    Hakim menentukan bahawa tiga orang pesakit meninggal dunia hasil daripada kesilapan semasa rawatan, sementara yang lain mengalami kecederaan serius, menurut laporan agensi berita Jerman, dpa. Hakim menjatuhkan hukuman ke atas wanita itu terhadap tiga dakwaan membunuh dan 10 dakwaan cubaan membunuh.

    Hakim menyatakan bahawa disebabkan keadaan jenayah tersebut, menjadikannya lebih sukar bagi wanita itu untuk dibebaskan daripada penjara selepas 15 tahun.

    Pendakwa raya menuduh wanita itu memberikan dos anestesia yang salah dan gagal merawat keracunan darah di sebuah hospital di Friltzlar, berhampiran Kassel.

    Dia juga dikatakan bertanggungjawab atas kehilangan oksigen selama berjam-jam dan menyebabkan kerosakan pada sistem kardiovaskular dan kegagalan organ pada pesakit, menurut laporan dpa. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...