ADDIS ABABA, 22 Okt – Para doktor Etiopia telah mengeluarkan lebih 100 paku besi dan beberapa objek tajam lain dari perut seorang pesakit di ibu negara Addis Ababa hari ini.
Dawit Teare, doktor bedah di Hospital Pakar St. Peter, berkata pesakit berusia 33 tahun itu mengalami penyakit mental dan kelihatannya telah menelan pelbagai barangan, termasuk 122 paku besi sepanjang 10 sentimeter, empat pin, satu pencungkil gigi dan beberapa keping kaca pecah.
“Pesakit itu mengalami penyakit mental selama 10 tahun dan sudah berhenti memakan ubat dua tahun lalu, antara sebab kenapa dia mula memakan benda-benda yang tidak bernyawa,” kata Dawit kepada AFP selepas pembedahan selama dua jam setengah. – AFP