Doktor tertinggal gunting dalam perut pesakit

HANOI, 3 Jan – Seorang lelaki Vietnam telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan gunting dari abdomennya yang tertinggal semasa pembedahan 18 tahun yang lalu, selepas melaporkan sakit perut dengan hampir dua dekad menanggungnya.

Ma Van Nhat, kini berusia 54 tahun, menjalani pembedahan pada tahun 1998 selepas terlibat dalam kemalangan kereta dan hanya baru-baru ini mendapati yang doktor-doktor telah meninggalkan ‘satu pemberian’ yang tidak disangka semasa menutup luka jahitan tersebut.

Para doktor telah menemui gunting sepanjang 15sm berhampiran kolonnya selepas mangsa menjalani ultrabunyi baru-baru ini.

Dia telah menjalani pembedahan selama tiga jam pada hujung minggu untuk mengeluarkan gunting tersebut, menurut Ngo Trung Thang, timbalan ketua hal ehwal awam di hospital Gang Thep Thai Nguyen, 80km dari utara Hanoi.

Gambar yang diambil pada 31 Disember 2016 menunjukkan gunting yang sudah dikeluarkan dari abdomen pesakit yang tertinggal semasa pembedahan 18 tahun yang lalu, di sebuah klinik di bandar Thai Nguyen, utara Vietnam. – AFP
Gambar yang diambil pada 31 Disember 2016 menunjukkan gunting yang sudah dikeluarkan dari abdomen pesakit yang tertinggal semasa pembedahan 18 tahun yang lalu, di sebuah klinik di bandar Thai Nguyen, utara Vietnam. – AFP

“Dia sudah pulih dengan baik,” Thang memberitahu AFP hari ini.

Nhat telah menjalani “kehidupan normal makan dan minum seperti biasa” selama hampir dua dekad, menurut laman berita Suc Khoe va Doi Song, laman rasmi kementerian kesihatan Vietnam.

Pemeriksaan ultrabunyi yang menemukan gunting dalam bahagian abdomennya itu hanya terdedah selepas Nhat melaporkan sakit perut.

Para pegawai berkata mereka sedang mencari doktor yang telah melakukan pembedahan di wilayah Bac Kan pada tahun 1998, namun belum dapat menjejaki sebarang pelakunya. – AFP