Dolar AS jatuh

NEW YORK, 5 Jan – Dolar AS jatuh berbanding matawang utama lain semalam ketika para pelabur menerima minit-minit mesyuarat terkini Simpanan Persekutuan(Fed).

Menurut minit-minit mesyuarat Disember telah dikeluarkan hari ini, hampir kesemua peserta ‘menunjukkan bahawa risiko tertinggi pada ramalan mereka bagi pertumbuhan ekonomi telah meningkat ekoran prospek bagi dasar-dasar fiskal lebih bijak dalam tahun-tahun mendatang.”

Sementara itu kebanyakan pegawai Fed mengulangi bahawa kadar kenaikan ‘beransur-ansur dalam tahun-tahun mendatang mungkin terus sesuai.

Fed telah menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Disember hanya buat kali kedua dalam tempoh sedekad dan meramalkan kenaikan tiga kadar kenaikan bagi tahun 2017.

Dalam dagangan lewat New York, euro naik kepada 1.0463 dolar dari 1.0410 dolar dan pound Britain melonjak kepada 1.2309 dolar dari 1.2235 dolar. Dolar Australia naik kepada 0.7264 dolar dari 0.7222 dolar.

Dolar dibeli 117.56 yen Jepun, lebih rendah dari 117.65 yen dalam sesi sebelumnya. Dolar jatuh kepada 1.0232 Swiss francs dari 1.0275 Swiss francs dan ia jatuh sedikit kepada 1.3317 dolar Kanada dari 1.3432 dolar Kanada. – Xinhua