Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Dolla pertahankan busana digayakan

    Kumpulan Dolla mempertahankan busana digayakan dalam video muzik Suara Lebaran Kita dendangan bersama Hael Husaini tidak keterlaluan sebaliknya sesuai dengan imej kumpulan itu.

    Mewakili Dolla, Sabronzo berkata, mereka menghormati budaya Melayu dan memilih busana sesuai untuk digayakan dalam video muzik yang diterbitkan sempena menyambut Aidilfitri.

    “Dalam perkara ini, setiap orang ada pandangan masing-masing. Ada yang sukakan lagu raya kami dan ada yang sebaliknya.

    “Tetapi dalam video muzik itu, kami masih menghormati baju tradisional kita. Tidaklah kami mengenakan baju yang terlalu menonjol, sebaliknya, masih boleh diterima.

    “Bagi kami, dalam setiap video muzik, kami cuba tonjolkan imej Dolla. Sama macam lagu sebelum ini, kami tonjolkan identiti Dolla,” katanya kepada media.

    Dolla mempertahankan busana digayakan dalam video muzik Suara Lebaran Kita dendangan bersama Hael Husaini tidak keterlaluan sebaliknya sesuai dengan imej kumpulan itu. – Agensi

    Sebelum ini, sebaik video muzik Suara Lebaran Kita dendangan bersama Hael dilancarkan, warganet melemparkan kritikan konon gaya kumpulan itu agak seksi dan tidak sesuai dengan suasana Hari Raya.

    Sabronzo berkata, setiap komen dan kritikan dijadikan panduan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan.

    “Mana yang boleh diperbaiki, kami cuba lakukan. Sejak single pertama kami dapat banyak maklum balas positif dan negatif.

    “Tidak kira apa pun, pasti ada sesuatu yang boleh kami pelajari,” katanya.

    Sementara itu, Taby berkata, single Suara Lebaran Kita mendapat sambutan yang sangat baik kerana peminat tidak menyangka mereka akan bekerjasama dengan Hael.

    “Lagu itu meriah dan unik. Ia sesuai dengan suasana raya tahun ini. Merakamkan lagu ini memberi pengalaman baharu yang menyeronokkan buat kami.

    “Kalau dilihat di laman sosial seperti Instagram (IG) dan TikTok, ramai yang menjadikan single ini sebagai lagu latar sambutan raya.

    “Malah, ada yang menyunting seperti video muzik. Tidak hanya kreatif, usaha mereka sangat dihargai. Ia cukup buatkan kami terharu dan teruja,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...