Dombrovskis ketua perniagaan baharu EU

BRUSSELS, 8 SEPT – Suruhanjaya eksekutif Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan naib presiden warga Latvia, Valdis Dombrovskis, mengambil alih jawatan sebagai ketua perniagaan blok berikutan peletakan jawatan Phil Hogan.

Dombrovskis telah memegang jawatan itu buat sementara waktu sejak Hogan meletak jawatan pada 26 Ogos. Beliau kini mengisi jawatan penting dalam berurusan dengan Amerika Syarikat, China dan Britain, dengan ketiga-tiga memerlukan tumpuan.

“Kami berada dalam situasi bergolak sekarang,” kata Dombrovskis.

Presiden Suruhanjaya EU Ursula von der Leyen membuat pengumuman itu ketika beliau menamakan tokoh Parlimen Eropah Mairead McGuinness sebagai pesuruhjaya perkhid-matan kewangan baharu.– AP

Gambar fail menunjukkan Valdis Dombrovskis bercakap di ibu pejabat EU di Brussels. – AP