Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Domenicali pertahan F1 Qatar

    MEXICO CITY, 11 NOV – Ketua Pegawai Eksekutif Formula Satu (F1), Stefano Domenicali telah mempertahankan kehadiran sukan itu di Qatar sambil memberitahu AFP bahawa sukan itu adalah ‘pemangkin perubahan’.

    Bekas ketua pasukan Ferrari itu berkata F1 tiada kaitan dengan kritikan yang menghantui sukan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula tidak lama lagi.

    “Saya telah membaca mengenai FIFA dan Qatar. Ia tiada kena mengena dengan situasi kita,” katanya.

    Kerajaan serta agensi hak kemanusiaan telah membongkarkan rekod hak kemanusiaan di Qatar.

    Domenicali menegaskan kepada AFP sebelum perlumbaan Grand Prix (GP) Mexico, bahawa GP Qatar, yang membuat penampilan pertama pada 2021, dan dijadualkan untuk kembali pada 2023 dalam kontrak 10 tahunnya selepas terlepas aksi pada tahun ini, sentiasa ada tempat di dalam kalendar F1.

    “Litar (Losail) akan berada di sini untuk 10 tahun.

    “Kita mesti gunakan pendekatan yang serius. Kita periksa, bila kita pergi ke negara itu, kita pastikan mereka menghormati syarat-syarat kita.

    “Jika mereka tidak mengikutinya, terdapat klausa-klausa dalam kontrak yang dapat menamatkan perjanjian ini serta-merta”, katanya.

    Qatar bukan satu-satunya negara yang terbabit isu hak kemanusiaan. Antara negara lain termasuk Bahrain, Saudi Arabia, Abu Dhabi, Azerbaijan dan China. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 5 November 2022 menunjukkan CEO F1, Stefano Domenicali menghadiri majlis di Las Vegas, Nevada. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...