Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dominica ‘musnah’ dibadai Maria

    POINTE-A-PITRE, 19 Sept – Taufan Maria membadai ke pulau Dominica timur Caribbean hari ini, dengan perdana menterinya menyifatkan kemusnahan besar ketika angin dan hujan dari ribut itu juga melanda wilayah-wilayah yang masih lagi belum berpulih dari Irma.

    Maria, yang berubah-berubah intensitinya antara taufan Kategori 4 dan Kategori 5 dalam laluannya menuju ke Caribbean, melanda Dominica dengan angin kencang kira-kira 160 batu (257km) sejam, kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS.

    “Kami telah kehilangan semua wang yang boleh beli dan gantikan,” kata pemimpin Dominica, Roosevelt Skerrit yang disiarkan dalam Facebook, berkata adanya laporan awal mengenai ‘kemusnahan meluas’.

    “Kebimbangan terbesar pada pagi ini adalah kita mungkin terbangun untuk mendengar berita mengenai kecederaan fizikal yang teruk atau terkorban yang disebabkan tanah runtuh berpunca dari hujan berterusan.”

    Lapangan terbang dan pelabuhan Dominica telah ditutup.

    Beberapa batang pokok tumbang dan keadaan angin kencang dan ribut taufan Maria ketika membadai bandar Petit-Bourg di pulau Guadeloupe, Caribbean, Perancis. – AFP

    Selepas bergerak di seluruh pulau tropika dengan penduduk 72,000 orang, Maria berpusar-pusar ke utara menuju British Virgin Islands dan Puerto Rico.

    Kepulauan Britain, yang masih lagi belum pulih dari Taufan Irma awal bulan ini, masih lagi di bawah perintah berkurung sejak kelmarin, dengan penduduknya diarahkan untuk tidak keluar sehingga ribut reda, yang dijangka melanda sehingga Rabu.

    NHC memberi amaran Maria akan ‘kekal berbahaya’ ketika ia melintasi Britain dan wilayah AS.

    Wilayah Guadeloupe, Perancis – pangkalan terdepan bagi bantuan wilayah Perancis yang dilanda Irma – mendapati ia terlibat dalam pusat ribut hari ini.

    Hujan lebat membadai pulau itu dan beberapa kawasan juga mengalami putus bekalan elektrik.

    “Semuanya di sekitar saya bergegar,” bekas menteri Perancis memberitahu rangkaian BFMTV dari rumahnya di selatan pulau, dengan amaran ribut tahap maksimum. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda