Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Don Malik dilarang masuk Amerika Syarikat

    PENYANYI rap Korea Selatan, Don Malik, yang sepatutnya mengadakan persembahan di Texas Amerika Syarikat pada Jumaat lalu dihalang untuk masuk ke negara itu.

    Beliau sepatutnya membuat persembahan pada festival ‘South by Southwest’ (SXSW).

    Masalah mula timbul ketika beliau bersama kru mendarat di lapangan terbang antarabangsa San Francisco dan dilarang untuk memasuki Amerika Syarikat oleh pihak kastam sebelum ditahan selama 24 jam.

    Insiden tersebut turut membabitkan beberapa lagi kumpulan asing. Don Malik juga mendakwa telah dikasari dan dilayan secara rasis oleh pegawai kastam sepanjang tempoh ditahan.

    Menurut pihak ejen Don Malik, pegawai kastam terbabit telah menggunakan kata-kata kesat merujuk kepada Don Malik dan kumpulan pelancong asing lain yang turut ditahan sebelum dipaksa untuk pulang ke Korea.

    Don Malik telah dilarang untuk memasuki Amerika Syarikat oleh pihak kastam.
    Don Malik telah dilarang untuk memasuki Amerika Syarikat oleh pihak kastam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda