Donadoni risau keluarga di Itali

SHANGHAI, 3 APRIL – Roberto Donadoni sepatutnya berada dalam musim bola sepak China tetapi fikirannya telah diselubungi oleh kesengsaraan koronavirus yang telah melanda kampung halamannya di Utara Itali.

Hampir 14,000 telah terkorban di Itali sejak pandemik bermula, lebih tinggi berbanding dari negara lain, dan kawasan di mana legenda AC Milan berasal adalah kawasan yang paling teruk terjejas.

“Saya berasal dari Bergamo, adalah salah sebuah tempat yang mengalami situasi paling sukar sekarang. Keluarga saya berada di sana. Ia sangat, sangat sukar,” bekas pemain kebangsaan berusia 56 tahun, sekarang merupakan ketua jurulatih Shenzhen FC, memberitahu AFP melalui telefon dari Selatan China.

“Setiap hari saya bercakap kepada ibu saya, abang saya, kakak saya. Jika boleh untuk saya melihat keluarga saya menerusi Facetime atau Skype atau WeChat, tetapi ia berbeza,” kata Donadoni.

“Bila anda rapat dengan keluarga anda, ia adalah satu perkara, tetapi apabila anda berada 10,000 kilometer berjauhan, ia adalah persoalan yang berbeza.”

Reaksi pengurus Shenzen FC, Donadoni ketika dalam satu perlawanan lalu. Donadoni melahirkan kebimbangannya mengenai keadaan keluarga dan sahabat di Itali yang teruk dilanda koronavirus.- AFP

Donadoni, pemenang sebanyak tiga kali kelab Eropah ketika karier permainan yang berjaya dan menghabiskan masa bersama AC Milan, setakat ini tidak kehilangan keluarga terdekat kerana koronavirus.

Akan tetapi, dia berkata bapa kepada bekas isterinya telah meninggal dunia dan dia berasa amat risau dengan kawan-kawan dan keluarga di Itali.

Berbanding dengan China, di mana wabak tersebut mula dikesan tahun lepas sebelum merebak ke seluruh dunia, secara perlahan kembali kepada normal, walaupun musim bola sepak telah ditunda.

Donadoni mahu kembali bersama isterinya, Crista, dan anak perempuannya yang berusia enam tahun, yang menetap di kawasan pergunungan di luar Milan.

Tetapi, kini mereka berdepan kesulitan sekatan sementara yang diperkenalkan oleh China minggu lalu bahawa tidak membenarkan warga asing dari memasuki negara itu untuk menghentikan pengimportan jangkitan koronavirus. Seperti kebanyakan sukan di dunia, Donadoni, yang menjadi pengendali Itali pada 2006-2008, melakukan yang termampu untuk membantu.

Dia membeli 15,000 topeng penutup muka dan memberikan sarung tangan dan sut perlindungan untuk pegawai kesihatan di Itali. Dia turut merancang untuk menghantar mesin ventilator. – AFP