DALLAS, 25 MEI – Luka Doncic berjaya menjaringkan 30 mata ketika Dallas Mavericks menewaskan Golden State Warriors 119-109 untuk mengekalkan haraipan beraksi di siri final Western Conference NBA mereka, kelmarin.
Dalam sejarah 75 tahun NBA, tiada pasukan yang pernah bangkit daripada defisit 3-0 untuk memenangi siri play-off tujuh terbaik.
Tetapi selepas persembahan kelmarin, Mavericks mempunyai sekurang-kurangnya talian hayat untuk berpaut ketika siri itu kembali ke California dengan Warriors hanya memerlukan satu kemenangan daripada tiga baki perlawanan untuk mara ke pusingan akhir NBA.
Doncic, yang telah menjadi menjaringkan mata terbanyak untuk Dallas dalam tiga perlawanan sebelum ini, menerima sokongan jaringan gol daripada rakan sepasukannya kelmarin.
Enam pemain Dallas menamatkan perlawanan dengan jaringan dua angka, dengan Dorian Finney-Smith menambah 23 mata dan Reggie Bullock 18.
Jalen Brunson menambah 15 mata manakala Maxi Kleber menyumbang 13 dan Spencer Dinwiddie 10.
Doncic turut memuji prestasi pertahanan rakan sepasukannya selepas persembahan mantap hingga ke hujung perlawanan yang mengekang penjaring terbanyak Golden State, Stephen Curry kepada hanya 20 mata. – AFP