Doncic meterai kontrak lima tahun

WASHINGTON, 10 OGOS – Bintang NBA All-Star dari Slovenia, Luka Doncic dan Dallas Mavericks mencapai kata sepakat dengan perjanjian kontrak lanjutan selama lima tahun bernilai AS$207 juta, menurut beberapa laporan media Amerika Syarikat kelmarin.

Pemain perancang berusia 22 tahun itu bakal menandatangani perjanjian lanjutan, menurut Dallas Morning News dan ESPN.

“Hari ini merupakan mimpi menjadi kenyataan,” Doncic memberitahu ESPN. “Perlawanan bola keranjang telah memberikan kami terlalu banyak dan telah membawa saya ke tempat-tempat luar biasa. Saya merasa rendah hati dan teruja untuk kekal di Dallas dan menjadi sebahagian daripada Mavericks.

“Saya komited kepada pertubuhan ini dan saya menghargai sokongan peminat.” Doncic, memimpin Slovenia mengejar pingat di Sukan Olimpik Tokyo sebelum menamatkan kejohanan di kedudukan keempat, bermain dengan perjanjian yang ditandatanganinya selepas dipilih tiga kali dalam pemilihan keseluruhan NBA Draft 2018.

Doncic menjadi pemain paling berharga termuda dalam sejarah EuroLeague pada 2017-2018, apabila dia memimpin Real Madrid memenangi kejuaraan sebelum dipilih untuk didaftarkan dalam NBA oleh Atlanta Hawks. Dia segara ditukarkan dari Hawks kepada Mavericks untuk Trae Young dan pemilihan pusingan pertama pada masa akan datang. Doncic secara purata mencatatkan 27.7 mata, 8 rebound dan 8.6 assist setiap perlawanan musim lalu dan purata try ialah 47.9 secara keseluruhan semasa dalam permainan, 35 peratus dari jarak tiga mata.

Selepas memenangi anugerah NBA Rookie of the Year 2019 bersama pasukan Mavericks, Doncic memacu Dallas ke pusingan playoff dua musim kebelakangan, hanya ditewaskan oleh Los Angeles Clippers di pusingan pertama sebanyak dua kali. – AFP

Luka Doncic menandatangani perjanjian lanjutan selama lima tahun bernilai AS$207 juta bersama Dallas Mavericks.- AP