Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dongfeng, Nissan tarik balik 1,635 kenderaan Infiniti

    BEIJING, 24 Sept – Pengilang kereta China, Dongfeng Motor dan rakannya Nissan China Investment Co. akan menarik balik 1,635 kenderaan berhubung sistem kekangan beg udara, kata pemerhati kualiti China.

    Dongfeng merancang untuk menarik balik 1,132 kenderaan model Infiniti Q50L buatan China yang dikilangkan antara 23 Oktober 2014 dan 5 Mei 2017, kata Pentadbiran Am bagi Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin dalam satu kenyataan.

    Dongfeng juga akan menarik balik 455 kenderaan model QX50 yang dikilangkan antara 26 Januari 2015 dan 25 Mac 2017, menurut kenyataan.

    Penarikan balik Nissan melibatkan 48 kereta Infiniti Q50 yang dihasilkan antara 17 Mac 2014 dan 9 Januari 2017.

    Kecacatan beg udara tepi dalam kereta itu mungkin kurang berkesan daripada produk berkualiti dalam kemungkinan terjadinya pelanggaran dan berpotensi mendatangkan bahaya kepada pemandunya, menurut kenyataan itu.

    Penarikan balik akan bermula pada 28 September dengan syarikat-syarikat tersebut berjanji untuk menggantikan bahagian rosak bagi pemilik kenderaan yang terjejas secara percuma. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda