Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Dorong Muslimah masjid amalkan bacaan Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Bahagian Hal Ehwal Muslimah di bawah Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pagi tadi telah mengungkayahkan Majlis Tadarus Al-Quran bagi Kelas Bimbingan Muslimah seluruh negara di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah isteri Timbalan Mufti Kerajaan, Pengiran Datin Hajah Mas Relawati @ Khadijah binti Pengiran Mohd Said.

    Majlis juga diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Ramadan: Tetamu yang Dirindui’ yang disampaikan oleh Dayang Siti Nuramirah Syafiqah binti Muhammad Juhari.

    Antara tujuan acara berkenaan adalah untuk melazimkan amalan membaca Al-Quran serta mendorong para Muslimah masjid untuk membaca Al-Quran sehingga khatam.

    Selain merebut ganjaran pahala di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, acara berkenaan juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan Muslimah masjid senegara.

    Antara Muslimah yang hadir pada Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...