Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Dorong pelajar capai kecemerlangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Sebagai pendorong dan petunjuk kepada pelajar dalam membuka minda mengenai hala tuju mereka pada masa akan datang, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) telah mengadakan program Hari Hala Tuju kali ke-2 dan Program Motivasi.

    Beberapa orang pegawai mewakili Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Pertahanan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Takaful Brunei, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah dijemput untuk mengongsikan ilmu, pengalaman dan nasihat yang bermanfaat serta motivasi kepada pelajar-pelajar Tahun 11 dan 10 Fast Track sesi 2022.

    Program dua hari yang berlangsung hingga hari ini itu bertujuan untuk melahirkan belia yang berdedikasi dan sentiasa bersiap sedia dalam menempuh peperiksaan dan juga alam pekerjaan, pelajar-pelajar perlu memiliki semangat yang tinggi dan matlamat yang jelas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa sahaja bidang dan kerjaya yang diimpikan.

    Selain itu, ia juga bermatlamat untuk menyuntik semangat pelajar-pelajar supaya belajar bersungguh dan seterusnya melanjutkan pelajaran bagi kejayaan hidup pada masa depan.
    Program juga dikendalikan untuk membina keyakinan dalam diri para pelajar untuk meningkatkan pembelajaran masing-masing.

    Program motivasi berkenaan juga memberi motivasi sebelum para pelajar menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei yang akan bermula pada 6 Ogos ini.

    Antara wakil-wakil yang dijemput untuk menyampaikan taklimat dan perkongsian bersama pelajar-pelajar pada program tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...